senior aku menang AF8...


Percaye atau tak senior aku Ahmad Shahir Zawawi menang AF8 baru-baru ni. Mungkin kemenangan dia ni adalah disebabkan latar belakang dia selaku bekas pelajar sekolah agama seperti Mawi. Dari cerita-cerita yang aku dengar, perjalanan dia di AF sama seperti Mawi. Pernah tersingkir keluar dari AF, kemudian dimasukkan semula ke akademi dan akhirnya menjadi juara. Bagi aku, ini mungkin adalah rezeki dia untuk menjadi juara sekaligus memenangi kereta dan percutian yang agak mahal perbelanjaannya. Sesuai dengan usaha yang dia lakukan. Allah memberikannya setimpal dengan usaha yang dia berikan.

Aku masih lagi sukar untuk menggambarkan bagaimana seorang pelajar UIA dan juga bekas anggota nasyid Saujana boleh terpikir untuk menyertai program realiti AF ni. Nak kata dia ni dulu hebat dalam bidang nyanyi (nasyid), tak la jugak. Yang pastinya dia pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.Sebenarnya, jika diikutkan, ustaz-ustaz aku kurang gemar anak-anak murid mereka menyertai program realiti seperti ini. Pernah salah seorang ustaz aku memberi komen di dalam group batch aku kat facebook seperti berikut :

"Bagaimanalah anak murid aku ni boleh join AF.. Aku ada salah ajarkah di mana-mana sewaktu dia sekolah dulu??" (versi aku coz aku tak berapa ingat ayat dia...)

Tapi itu adalah pendapat beliau saja. Aku pernah jugak cuba berpikir apa sebenarnya yang ada dalam kepala otak mamat ni. Apa motif dia join AF8?? Demi mencari populariti, suka-suka atau untuk semata-mata ingin membuat album kerana setahu aku sepanjang dia menganggotai group Saujana, dia tak sempat untuk membuat album lagu bersama diorang. Ura-ura mengatakan bahawa dia keluar dari group Saujana disebabkan pointer dia yang kurang memberangsangkan tapi kebenarannya hanya Allah dan mereka yang terlibat secara langsung je yang mengetahuinya. Dia mungkin ada reason dia tersendiri disebalik penyertaannya ke AF8 ni. Hanya dia dan Allah je yang mengetahuinya. Kita hanya mampu meneka sahaja.


Sebenarnya, jika nak diikutkan aku tak berapa baik sangat ngan mamat ni terutama selepas insiden yang berlaku sewaktu dia form 5 dan time tu aku form 4. Sekarang ni okey la. Dah boleh duduk sekali. Mungkin ianya peristiwa lalu dan sudah hampir dilupakan oleh budak-budak batch aku. Bagi aku, lebih baik lupakan saja peristiwa-peristiwa yang pahit dari terus mekar di dalam jiwa kerana ia mampu memberi kesempatan kepada syaitan untuk bertakhta di dalam jiwa manusia. Bak kata pepatah, buang yang keroh amik yang jernih. Amik iktibar di sebalik peristiwa tersebut sebagai pengajaran hidup. Kita perlu tahu yang manusia itu bukanlah perfect dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Lagipun adik dia baik jugak la ngan aku. Adik dia ni salah seorang budak di bawah jagaan aku ngan 6 orang member aku. Kitorang bertindak sebagai naqib yang diarahkan untuk mendidik mereka untuk berdikari di samping memberi tunjuk ajar bagi perkara-perkara len (waktu ni kitorang form 4 dan adik dia form 1). Adik dia pun member baik adik aku.

Fuh.. Penat rasanya menaip panjang-panjang ni. Dah lama tak mengarang macam ni. Ini mungkin salah satu entry terpanjang yang pernah aku buat kat blog ni. Rasanya kalo disuruh tulis karangan panjang-panjang, aku dah tak mampu nak buat dah. Awal-awal dah semput. Otak aku sure jem teruk coz nak kena perah giler untuk cari idea. Kalo time kat sekolah dulu nak buat karangan untuk 1000 patah perkataan, aku mampu lagi la tapi kalo sekarang ni jangan harap la.

p/s : Tahniah diucapkan kepada Ahmad Shahir Zawawi coz memenangi AF8. You deserved it. Ko kasi bangga budak kampar.




-ADIOS-

9 Response to senior aku menang AF8...

  1. iQapiQa says:

    tahniah ats kjayaan senior anda dan lebih membanggakan sekolah anda...

  2. thanx iQapiQa...

  3. d'Fedrin says:

    weh.. dy senior SMKA ke ? name dy ad gak ar mcm familiar.. tp sumpah ak x cam lgsung sape dy.. hahahaha.. dy msuk SMKA dri form 1 ke ? ;p

  4. yurp...
    dia mmg masuk dr form 1 pun...
    klo ko familiar sgt 2 means ko pernah jumpe r 2..

  5. d'Fedrin says:

    hahahaha.. mgkin.. abg ariff ad ckp kt ak.. ad sorang dak SMKA msuk AF8 name shahir.. tp ak x tau pn sape dy.. bile ak tgk name penuh shahir zawawi bru rase cm familiar.. hahaha.. bia la.. ak saje je nk tau.. bkn dy kenal ak pn... ;p

  6. hahaha...
    blek ni ak rse nk g jmpe dia r..
    nk nek kete bru dia...
    2 pn klo dia bg..
    hoho...

  7. wawah! sy syg shahir! haha. betoi3. buang keroh amek jernih!~

  8. chentaMAYA peminat shahir ke??

    tau xpe...
    dlm hidup ni sebaik-baiknya jangan ada sedikit pn permusuhan sesama manusia kerna ia hanya membangkitkan perasaan amarah..
    amarah hanya membunuh kegembiraan yg kita perolehi dlm hidup ini..
    dan ianya menggembirakan syaitan...

  9. ikhwan says:

    ehh ..
    mak aku sempat ajar dia time kat sekolah kebangsaan kampar dulu sblm masuk de la salle ..

Post a Comment