Showing posts with label in my minds. Show all posts
Showing posts with label in my minds. Show all posts

Serabut...


Adoyai....
Idea-idea datang la...
Tengah takde idea ni nak wat plant design...
Serabut kepala otak nak memikirnya...
Huhuhu...

Malas giler...


Adoyai...
Report-report...
Lagi-lagi report...
Asal time cuti camni pn kne wat report....
Malas giler nak buat...
tinggal brape hari je lagi nak bukak U...
Huhu...
Nampaknye terpakse merajinkan diri r....


Dah-dah pegi wat report..
Shuush2....




-ADIOS-

Celluon virtual laser keyboard




Dunia semakin moden, gadget yang ad pun semakin canggih...
Antara gadget yang baru aku usha baru-baru ni ialah keyboard yang dipancarkan secara visual dengan menggunakan laser device...
Yang menariknya keyboard ni, ia juga turut mengeluarkan bunyi bila kita menaip...
Tidak seperti touchscreen keyboard yang flat dan senyap apabila menaip...
Laser device jugak dilengkapi ngan bluetooth device membolehkan ia sesuai dipakai oleh laptop, smartphone ngan tablet...
Harga pasaran semasa USD 170...

Handphone sony yang terbaik...


Best gak kalo dapat smartphone ni....
Bagi aku la ni handphone sony yang terbest penah aku tengok...




Kalo nak usha dia nyer spec try usaha kat link ni http://www.sonyericsson.com/cws/corporate/products/phoneportfolio/specification/xperiaarc

Salam Ramadhan...


Wah... 
Dah lame giler x update blog ni....
Dah banyak giler sawang kat sini... 
Huhu...
Well, first entry setelah sekian lame menyepi diri walaupun dah seminggu berlalu still nak ucapkan jugak...


Salam Ramadhan Al-Mubarak to all reader...
Moga Allah melimpahkan rahmat serta inayah-Nya ke atas kita semua di bulan yang penuh dengan keberkatan ni...

final exam....


Perghh....
Lame gak tak update blog ni..
Idea takde untuk wat entry, lame sangat tak wat benda-benda yang memerlukan idea-idea kreatif ni...
Hahaha...


Semester 2 tahun 3 ni dah semakin hampir ke penghujungnya.
Macam biase r, last sekali mesti la exam final...
Study week semester ni boring giler, mungkin pasal terlalu lame...
Exam start 4 Mei ni dan abeh 13 Mei hari last untuk exam week ni...
So, all reader wish me good luck kay...

PEACE


-ADIOS_

happy new year....


Tahun 2011 datang menjelma, meninggalkan tahun 2010...
Segala suka dan duka telah diharungi meninggalkan segala kenangan...
I wish Happy New Year 2011 to all readers...


Semoga yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan...
Semoga perjalanan di tahun 2011 dirahmati dan diberkati....






- ADIOS -

bowling fight....


Pergh....
Lame siot tak men bowling akibatnye kesakitan menyerang tangan kanan dan menyebabkan aku mengalami kekalahan yang agak teruk...
Wawawawa...
Tak best siot...


Semalam, atas cadangan bernas daripada jae, member skolah aku dulu, untuk mengisi masa yang aku suke-suke membuangnye dengan men bowling....
Kertas cadangan dibentang padabila matahari tepat bertenggek atas kepala korang...
Aku pe lagi terus setuju, tu pun setelah beberapa pertimbangan dan peminjaman...
Mane tak setuju, aku dah lame tak jumpe ngan yos and yaanis...
Diorang join sekaki semalam....
Yang bestnye, aku nak pegi men bowling ni pun aku pinjam duit adik aku...
Hahaha...
Duit tengah kering giler siot...

Dalam game semalam, aku dapat buat 4 je strike....
Yang aku tak bleh blah ngan si jae la, siap bawak personal bowling tu...
Dia beli dekat RM300 untuk 1 set..
Perghh...
Tapi tak kisah la, dia menang kot men semalam...
Kalo aku yang bawak, sure malu giler...
Mane taknye, siap kalah besar lagi tu...
Huhuhu...

ada macam aku wat strike tak rupe kucing ni...???

Papepun, semalam memang the best la coz dapat jumpe member-member lame...
Sembang-sembang, macam-macam cite yang kuar....
Sebelum kitorang balik, kitorang pegi melantak kat Mcdonalds...
Yang kelakarnye, yos beli sampai 3 set...
Dia salah order...
1 dia bawak balek umah, 2 lagi dia makan sorang...


Nanti kalo ada plan lagi macam ni, bleh join lagi...
Lagi ramai, lagi best...




- ADIOS -

hepi besday....


Entry ni khas untuk my brother...

Bro, hepi besday...
Moga Allah melimpahkan rezeki yang banyak dan dipanjangkan umurmu....

brutal tak abang aku sorang ni...


p/s: Jangan dia mintak hadiah dari aku dah la... tengah kering duit ni... Huhuhu...




-ADIOS-

aktiviti di kala cuti di umah...


Antara aktiviti yang dilakukan selain tolong family kat umah dan main bola kat padang...

need for speed shift... game ni baru je install hari tu...

ni pun salah satu game yang aku main time cuti ni... hohohoho...

ni plak antara cite yang aku tengok time-time boring dok kat umah...

Lastly but not least, ni cite yang aku teringin nak tengok tapi masih lagi tak kesampaian...

harry potter and deathly hollow... hmm.. bile la boleh tengok cite ni....

p/s:
Ada sape-sape yang boleh bagi cite ni tak??



-ADIOS-

sume ni chocolate ke...??


Entry kali ni nak berkongsi sebenarnye beberape coklat pelik yang dibuat oleh coklat maker-coklat maker terkenal...
Entah apalah reason diorang buat benda alah ni...
Maleh nak merapu banyak-banyak...
Let's check it out...

ni coklat ferrari.. besar giler coklat ni sampai boleh kongsi makan ramai-ramai siot...

ni dress coklat... ada sape-sape yang teringin nak pakai ke??

inhaler coklat pun ada gak... ish3... boleh sihat ke pakai benda alah ni...

jom try pasang keyboard coklat ni kat komputer korang...

coklat knife... takleh nak potong pape pun tapi hanya boleh dimakan saje... hohoho...

berminat ngan laptop baru..?? laptop coklat dibuat khas untuk anda...

coklat snikers nike pun ada gak...

ni dia coklat shoes... boleh dimakan tapi takleh dipakai memandangkan saiz yang dibuat tak sesuai untuk korang...

coklat soap... jangan mandi pakai sabun ni sudah la...

coklat toothpaste... hmm... pakai ni lagi kotor gigi ada la, bukannye lagi bersih... huhu....




-ADIOS-

Keserabutan...


Serabut kepala...??
 Kecelaruan pemikiran...??

Biasanya hal-hal macam ni berlaku di saat-saat semakin menjelangnya minggu peperiksaan...
Tapi di kala cuti-cuti ni, keserabutan berlaku disebabkan oleh kesukaran untuk mencari company-company yang bersesuaian untuk industrial training yang akan dilaksanakan selepas selesainya semester 6 nanti...
Company apa yang bersesuaian dengan course dan juga subjek yang diambil...??
Itu yang menjadi persoalan di benak pemikiran kala ini...
Banyak aspek yang perlu dititikberatkan terutamanya mengenai pointer sekiranya ingin memilih company-company gergasi seperti petronas...
Adoyai....

Apa-apa pun tunggu dan lihat je la apa perkembangan yang seterusnya...



-ADIOS-

bru nak update...


Lamanye tak update blog ni...
Selalu jejak blog-blog member tapi blog sendiri tak tinggal jejak pun..

Hmmm...
Semester ni agak busy sampaikan nak tido ngan cukup pun tak dapat...
Ni kan pulak nak update blog yang tak seberape ni...
Blog ni dah macam telah di-anaktiri-kan pulak...
So, lepas ni akan cuba untuk meng'update' kembali blog yang dah penuh ngan sawang-mawang ni...
Walaupun busy dengan segala macam perkara..




-ADIOS-

world cup kembali lagi...


logo world cup tahun ni...

Bola sepak piala dunia kembali lagi. Kali ni diadakan di Afrika Selatan. Sebanyak 20 buah negara berjaya melepasi saringan untuk merebut piala tersebut. Bola yang digunakan kali ini adalah bola Jabolani. Bola ini direka khas untuk kegunaan piala dunia ni.

jabolani...
 
Tapi malangnya, menurut kebanyakan pemain dunia, bola ni tak berapa best dan ianya sukar untuk dikendalikan. Piala dunia kali ni still lagi sokong England. Walaupun ranking bagi England sebelum World Cup ni bukanlah no 1 tapi negara ni merupakan salah sebuah negara yang banyak melahirkan pemain yang bertaraf dunia. So, kita tak boleh memandang rendah terhadap keupayaan negara ni. Even negara tu tak banyak pemain-pemain star atau ia dilabelkan sebagai negara belasahan, kita still lagi tak boleh memandang rendah keupayaan mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, bola itu adalah bulat. Apa jua situasi boleh berlaku semasa perlawanan berlangsung contohnya, perlawanan pertama England menentang USA yang mana perlawanan tersebut berakhir dengan seri. Walaupun aku sokong England, aku still lagi tengok game lain yang mana aku kira menarik. Tapi yang tak bestnya, aku tak dapat tengok kesemua game yang aku ingin tengok macam game france hari tu. Terkilan siot. Semuanya gara-gara TV kat kafe KK4 ni ada 1 je channel sukan.

nilah negara-negara yang akan beraksi sepanjang piala dunia ni...

Pe yang menariknya piala dunia kali ni, ada sesetengah negara yang melancarkan setem khas sempena piala dunia ni macam Spain. Nak tengok setem tu?? let's check it out...

nilah setem yang aku cakap tu...

Okey la, sampai sini je entry aku kali ni...


-ADIOS-

senior aku menang AF8...


Percaye atau tak senior aku Ahmad Shahir Zawawi menang AF8 baru-baru ni. Mungkin kemenangan dia ni adalah disebabkan latar belakang dia selaku bekas pelajar sekolah agama seperti Mawi. Dari cerita-cerita yang aku dengar, perjalanan dia di AF sama seperti Mawi. Pernah tersingkir keluar dari AF, kemudian dimasukkan semula ke akademi dan akhirnya menjadi juara. Bagi aku, ini mungkin adalah rezeki dia untuk menjadi juara sekaligus memenangi kereta dan percutian yang agak mahal perbelanjaannya. Sesuai dengan usaha yang dia lakukan. Allah memberikannya setimpal dengan usaha yang dia berikan.

Aku masih lagi sukar untuk menggambarkan bagaimana seorang pelajar UIA dan juga bekas anggota nasyid Saujana boleh terpikir untuk menyertai program realiti AF ni. Nak kata dia ni dulu hebat dalam bidang nyanyi (nasyid), tak la jugak. Yang pastinya dia pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.Sebenarnya, jika diikutkan, ustaz-ustaz aku kurang gemar anak-anak murid mereka menyertai program realiti seperti ini. Pernah salah seorang ustaz aku memberi komen di dalam group batch aku kat facebook seperti berikut :

"Bagaimanalah anak murid aku ni boleh join AF.. Aku ada salah ajarkah di mana-mana sewaktu dia sekolah dulu??" (versi aku coz aku tak berapa ingat ayat dia...)

Tapi itu adalah pendapat beliau saja. Aku pernah jugak cuba berpikir apa sebenarnya yang ada dalam kepala otak mamat ni. Apa motif dia join AF8?? Demi mencari populariti, suka-suka atau untuk semata-mata ingin membuat album kerana setahu aku sepanjang dia menganggotai group Saujana, dia tak sempat untuk membuat album lagu bersama diorang. Ura-ura mengatakan bahawa dia keluar dari group Saujana disebabkan pointer dia yang kurang memberangsangkan tapi kebenarannya hanya Allah dan mereka yang terlibat secara langsung je yang mengetahuinya. Dia mungkin ada reason dia tersendiri disebalik penyertaannya ke AF8 ni. Hanya dia dan Allah je yang mengetahuinya. Kita hanya mampu meneka sahaja.


Sebenarnya, jika nak diikutkan aku tak berapa baik sangat ngan mamat ni terutama selepas insiden yang berlaku sewaktu dia form 5 dan time tu aku form 4. Sekarang ni okey la. Dah boleh duduk sekali. Mungkin ianya peristiwa lalu dan sudah hampir dilupakan oleh budak-budak batch aku. Bagi aku, lebih baik lupakan saja peristiwa-peristiwa yang pahit dari terus mekar di dalam jiwa kerana ia mampu memberi kesempatan kepada syaitan untuk bertakhta di dalam jiwa manusia. Bak kata pepatah, buang yang keroh amik yang jernih. Amik iktibar di sebalik peristiwa tersebut sebagai pengajaran hidup. Kita perlu tahu yang manusia itu bukanlah perfect dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Lagipun adik dia baik jugak la ngan aku. Adik dia ni salah seorang budak di bawah jagaan aku ngan 6 orang member aku. Kitorang bertindak sebagai naqib yang diarahkan untuk mendidik mereka untuk berdikari di samping memberi tunjuk ajar bagi perkara-perkara len (waktu ni kitorang form 4 dan adik dia form 1). Adik dia pun member baik adik aku.

Fuh.. Penat rasanya menaip panjang-panjang ni. Dah lama tak mengarang macam ni. Ini mungkin salah satu entry terpanjang yang pernah aku buat kat blog ni. Rasanya kalo disuruh tulis karangan panjang-panjang, aku dah tak mampu nak buat dah. Awal-awal dah semput. Otak aku sure jem teruk coz nak kena perah giler untuk cari idea. Kalo time kat sekolah dulu nak buat karangan untuk 1000 patah perkataan, aku mampu lagi la tapi kalo sekarang ni jangan harap la.

p/s : Tahniah diucapkan kepada Ahmad Shahir Zawawi coz memenangi AF8. You deserved it. Ko kasi bangga budak kampar.




-ADIOS-

lesen lagi...


Lesen... Lesen... dan Lesen...
Bile la aku nak amik ujian JPJ ni...
Still lagi banyak yang nak kena belajar...B
elajar bagi pro betol-betol baru amik ujian JPJ...
Kalo tak, kena ulang balik...
Buang banyak duit...
Duit dah la tangah kering giler ni...
Kita view serba sikit tempat aku belajar kereta ngan motor...

Rajin siot diorang ni belajar bawak kereta...
Lepas je belajar kereta or motor unuk beberapa jam...
Kitorang pun pegi jalan-jalan untuk beberapa ketika kat Kuantan sebelom balik bilik...

Picture ni amik kat malay town sebelah ECM...

Dah puas jalan-jalan, kitorang pulang ke bilik yang sekarang memberikan kebosanan kepada aku...
Se
babnye, aku tak tau nak buat apa pun kat bilik ni...
Huhuhu..


-ADIOS-

selamat hari guru....


Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutama guru-guru di SK De La Salle, Semekasri...
Tak lupe juga lecturer-lecturer kat matrix dan UMP ni...
Begitu juga kepada bakal-bakal guru...



-ADIOS-

selamat hari ibu...


Selamat hari ibu buat bonda kesayangan...
Ampunkan dosa-dosa anakmu ini...
Segala jasamu tak mampu dibayar kembali walau dikurniakan wang ratusan juta sekalipun...
Bondaku, Salna Bt Bidin...

-ADIOS-

ironman 2...


Baru-baru ini, aku ngan 2 member (syafik ngan badak) pegi ke East Coast Mall semata-mata untuk tengok cite ironman 2 kat wayang....
Seriously, lame giler aku tunggu cite ni keluar panggung sejak ura-ura yang aku dengar bulan 7 tahun lepas...
Fuhh...
Berjaya jugak aku pegi tengok cite ni pada hari 1st keluar panggung...

Komen aku pasal cite ni...
Hmmm...
Jalan cite yang menarik dan kelakar terutama watak Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. yang kuat menganjing orang...
Cume yang kurang bestnye, cepat sangat watak jahat tu dikalahkan...
Huhuhu...

Jom check-out poster ironman 2 ni...




Tengok poster pun nampak best je cite ni...
Hohoho..



-ADIOS-

moral down...



Final exam dah pun start...
Tapi masih lagi takde mood untuk study...
Bagaimana nak bagi ada mood untuk study...??
Anyone can help me, please....................
Huhuhu...
Moral semakin down pabila melihat rakan-rakan yang len sedang khusyuk bermain game...


Time camni gak terkenang benda sedih...
Kalo dulu, time moral down camni sure-sure tepon cikgu Rasimah (cikgu yang paling rapat ngan aku..)
Dia mesti akan bagi advice yang menaikkan semangat nak study selain borak-borak kosong...
Pegi ziarah umah dia je, kalo dia tak jamu anak-anak murid dia ni sampai kenyang memang tak sah...
Siap bagi hadiah ngan duit belanje lagi tu...
Ada sekali tu, dia ajak pegi kampung dia kat kelantan coz dia nak wat majlis khatan anak dia kat umah mak dia...
Tapi tak boleh nak join plak coz time tu ada kelas kat matrik....
Sayangnya...
2 daripada 3 anak dia rapat giler ngan kitorang...
Selalu gak men ngan kitorang...
Cikgu aku ni memang baik, siap bagi tusyen free lagi kat kitorang time UPSR dulu...
Bukan tu je, time tu sume alat tulis ngan buku dia yang bagi...
Takde satu pun yang kitorang beli...
Dah la tiap kali abeh tusyen tu dia bagi kitorang makan sampai kenyang...
Tapi sekarang dah tak dapat jumpe lagi...
Cikgu aku ni dah meninggal dunia time bersalin anak dia yang no 3 ni...
Yang paling aku sedih tu, dia nak sangat jumpe aku...
Seminggu sebelum dia meninggal tu, aku ada tepon dia...
Dia cakap dia nak sangat nak jumpe aku...
Time tu aku pun memang nak jumpe dia...
Aku pun ada bagitau dia yang aku nak pegi umah dia time cuti sem coz 2 minggu selepas hari aku tepon tu cuti mid sem untuk sem 1...
Tapi sayangnye seminggu selepas tu Allah telah memanggilnye kembali...
Mula-mula time member bek aku bagitau tu, aku tak percaye...
Bile je member-member len pun bagitau benda yang sama, barulah aku percaye...
Rase menyesal sangat-sangat tak jumpe dia sebelum masuk UMP ni...
Sedih giler...
Test yang aku amik malam tu pun aku jawab macam tak jawab je...
Kini, aku pasrah dengan segalanye...
Mungkin ada hikmah di sebaliknye..

Cikgu, jasamu dikenang hingga ke akhir hayatku...
Takkan ku lupe segala nasihatmu tu..
Keranamu la aku berjaya ke menjejakkan kaki ke universiti...
Terima kasih cikgu...









-ADIOS-