bulan pernah dibelah dua...


Anda semua mesti pernah mendengar kisah mukjizat Rasullulah saw yang mana Rasullullah pernah membelah bulan kepada dua dan kemudiannya kembali bercantum dengan izin Allah SWT..

Menurut sirah Rasullulah saw, ianya berlaku sebelum para muhajirin berhijrah ke Madinah lagi...
Orang-orang musyrik berkata kepada Rasullullah saw, "Wahai Muhammad, jika engkau benar-benar Nabi dan Rasul utusan Tuhanmu, cuba engkau tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek mengolok-olokkan)." Rasullullah bertanya, "Apakah yang kalian inginkan?" Kaum musyrikin pun menjawab, " Cuba belahkan bulan itu.." Rasullullah bertanya lagi, "Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?" Kaum musyrikin menjawab, "Ya.." Maka Rasulullah saw pun berdiri dan diam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!" Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa ianya sihir, sihir mampu  “menyihir” orang yang ada disampingnya saja akan tetapi tidak mampu menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Mereka lantas menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauhi kemudian bersatu kembali…!!!".Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lagi tetap kafir (ingkar). 

Disebabkan peristiwa itu, Allah SWT menurunkan ayat al-Quran (surah al-Qamar : 1) yang bermaksud, "Sesungguhnya, telah dekat Hari Kiamat, dan telah terbelah bulan. Dan jika orang-orang kafir menyaksikannya (mukjizat), mereka mengingkarinya dan mengatakan bahawa itu adalah sihir."


Itu adalah kisah dari sirah Rasullullah saw dan yang ini pula adalah kisah yang berlaku beberapa tahun yang lalu...
Beberapa tahun yang lalu, aku ada terbaca akan satu artikel berkenaan bukti secara zahir yang mana bulan pernah dibelah kepada dua..
Artikel tersebut menyatakan bahawa pihak NASA telah membelanjakan peruntukan melebihi 100 juta USD untuk mengkaji bulan dan mereka mendapati satu unjuran yang panjang mengelilingi bulan seperti mana bulan itu pernah terbelah dan kembali bercantum semula. Pakar dari NASA masih lagi tidak mampu mentafsir apakah yang berlaku terhadap bulan sebelum ini secara saintifik. Akan tetapi bagi kita umat Islam, itu merupakan bukti terbaik bagi membuktikan kesahihan dan kebenaran mukjizat Rasullullah saw. Hal ini mampu meningkatkan kenyakinan kita terhadap agama Islam..

Ini adalah gambar visual yang diambil oleh pihak NASA...


p/s : Renung-renungkanlah kebenaran ajaran Rasullullah saw... Inilah kehebatan kekuasaan Allah SWT...





-ADIOS-

1 Response to bulan pernah dibelah dua...

  1. MEIR says:

    saya nak tahu macam mana klu nak masukkan iklan nuffnang kt dalam blog kita dengan lebih sempurna.. boleh terangkan dgn lebih detail.. tq

Post a Comment