Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

steambot...


Steambot... Ke bot stim...??

Steambot ni sejenis masakan yang mane sume bahan akan direbus bersama ngan sikit garam dan dicecah  ngan sos cili...
Yumm.. Yumm..
2 hari lepas, makcik ak ada masak steambot ni...
Saje la nak buat makan ramai-ramai ni...
Turut join sekaki of coz la jiran tetangga yang berdekatan...
Kalo yang jauh pun join sekali, tu dah bukan panggil makan-makan tapi dah kenduri dah namanye tu...

Sebelum tu, sure-sure kena beli barang-barang yang sepatutnye..
So, kitorang pun apa lagi terus pegi Tesco untuk cari barang makanan...
Tapi yang peliknye, sempat lagi singgah kedai bunga coz makcik aku lagi sorang nak tambah koleksi bunga kat umah dia...

sempat lagi kanak-kanak ni menangkap gambar...

Posing abeh diorang ni...

walaupun hujan renyai tak jadi masalah untuk sesi fotografi dijalankan dengan kewujudan payung besar ni...

geng 5 buak kecik...

Dah puas menjelajah seluruh pelusuk kedai bunga tu, barulah makcik-makcik aku ni menggerakkan diri mereka ke Tesco yang sekangkang babun tu...

sempat lagi posing kat Tesco ni...

budak-budak ni pun sibuk nak shopping gak.. ish3....

pilih jangan tak pilih...
Sempat lagi kanak-kanak riang ni men kat arcade kat Tesco tu...

peace...

ni dia minah drift...

poisng je lebih diorang ni...
Kitorang yang agak bosan menunggu kanak-kanak ni berfoya-foya kat arcade tu pun pa lagi pegi meng'sumbang'kan lagu-lagu yang ada kat karoake box tapi malangnye kanak-kanak ni pun nak join sekaki...

bile masa plak la gambar ni diambil...

abeh rosak lagu dibuat oleh para penjenayah ni....
Malamnye baru la acara makan steambot dijalankan... 
Hohoho.....

baru nak masak ke ni..??

tengah bergosip cite-cite hangat...

jiran-jiran yang turut men'join'kan diri...

Dan Disebalik kejadian makan steambot rupe-rupenye ada agenda yang tersembunyi iaitu
 menjadi buruh yang agak kasar pada keesokan harinye...
Huhuhu....

yeah... ni la dia buruh-buruh kasar yang dimaksudkan...

ketakutan melanda pabila ungkapan ni diungkapkan, "nak simen ke tau nak disimenkan.... haa... pilih-pilih..."

ni la supervisor yang memantau keje-keje para buruh sekalian...

arnab ni pun turut terlibat...

kanak-kanak ni of coz la bermain ngan suka hatinye...



- ADIOS -

hepi besday....


Entry ni khas untuk my brother...

Bro, hepi besday...
Moga Allah melimpahkan rezeki yang banyak dan dipanjangkan umurmu....

brutal tak abang aku sorang ni...


p/s: Jangan dia mintak hadiah dari aku dah la... tengah kering duit ni... Huhuhu...




-ADIOS-

selamat hari ibu...


Selamat hari ibu buat bonda kesayangan...
Ampunkan dosa-dosa anakmu ini...
Segala jasamu tak mampu dibayar kembali walau dikurniakan wang ratusan juta sekalipun...
Bondaku, Salna Bt Bidin...

-ADIOS-

Dah nak kena balik U..


Cuti dah pun hampir habis. Dah nak kena balik U tak lama lagi..
Wawawawa...

Banyak perkara yang telah dilalui sepanjang cuti ni walaupun tidak semuanya menggembirakan. Mula-mula sekali tentunya la mengenai Raya Korban. Hari di mana kita mengingati
pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.. Pada hari tersebut, kawasan perumahan aku berjaya 'menumbangkan' 7 ekor lembu. Boleh dikatakan keseluruhan penduduk kat situ turun bergotong-royong menyembelih dan melapah l
embu-lembu yang ada termasuk la aku. Hehehe..

ayah aku tengah 'operate' lembu tu

Adik aku tolong sekali meng'operate' lembu terbabit

Beberapa hari kemudian iaitu pada tanggal 30 November, mak aku buat majlis hari jadi abang aku yang ke-23 secara kecil-kecilan. Yang hadir hanyalah sedara-mara je pun. Banyak jugak juadah yang kitorang makan. Al-maklumlah, ramai bebenor sedara-mara yang datang..


Masa makan pun bersembang... Ish3..


Berborak sebelum majlis


Acara potong kek selepas buat doa selamat


Cucu angkat tok chik aku pun join sekaki

After that, aku follow makcik aku pegi PJ. Lepak kat sana seminggu. Banyak jugak duit aku habis time tu. Ada satu hari tu aku habiskan dekat RM100 untuk barang dan belanja adik aku tengok wayang dan makan kat Midvalley. Sehari sebelum balik, sepupu dan makcik aku ajak pegi KLCC tengok PC Fair. Makcik aku nak cari laptop untuk anak sulung dia yang amik kursus landscape designer kat area KL dan sepupu aku plak nak beli antivirus. Makcik aku sorang lagi beli cooler kat situ. Sory Lilo coz tak dapat teman ko pegi KLCC sehari sebelum tu.. Huhuhu..


Makan KFC kat KL Sentral sebelum ke KLCC


Kenangan kat taman Suria KLCC


Posing ramai-ramai

Keesokannya iaitu hari ahad, sepupu aku berkhatan. Dia join majlis berkhatan yang dianjurkan oleh flat tempat dia tinggal. seramai 19 orang budak yang dikhatankan time tu dan sepupu aku adalah orang pertama yang akan dikhatankan. Majlis tu boleh dikatakan meriah jugak la..


Mangsa khatan.. Hahaha..


Ready untuk diarakkan


Ayah-ayah diorang pun turut dimandikan

Inilah antara perkara menarik yang berlakukan sepanjang cuti aku. Hari-hari lain aku jalani dengan penuh ke'boring'an.. Huhu... Dah la result yang aku dapat tak berapa memuaskan hati tapi okey la dari sem lepas. Nak nuat macam mana, tu je la rezeki yang aku dapat. Sem yang akan datang aku aku buat yang lebih baik dan belajar dengan lebih rajin. Itu adalah azam aku sempena Maal Hijrah tahun ni.. Salam Maal Hijrah untuk semua..


-ADIOS-

kenangan raye...


Sonok gak raye tahun ni..
Banyak kenangan menarik...
Siap posing yang tak tahan tu..
Pape pun raye tahun ni memang best walaupun cuti tak lame..