sebuah kehilangan....
Mungkin ramai dah tau mengenai kematian arwah Ustaz Asri pada minggu lepas akibat sakit jantung. Kematian arwah Ustaz Asri merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri nasyid tanah air. Arwah Ustaz Asri, ketua kumpulan aka vokalis utama nasyid Rabbani, meninggalkan seribu kenangan kepada semua peminat-peminat nasyid termasuklah diri saya. Apa yang pasti, kita tidak lagi akan melihatnya di kaca televisyen selepas ini. Tapi renunglah, setiap kematian itu pasti akan menjemput kita. Mungkin sekarang ni ia menemui arwah Ustaz Asri tapi esok, lusa atau hari-hari yang mendatang ia pasti akan menjemput kita pula dan kita tidak tahu bila ia akan mendatangi kita. Oleh yang demikian, musabahlah diri kita, adakah kita suadah melakukan amal yang secukupnya atau lebih banyak melakukan maksiat daripada melakukan kebajikan. Ingatlah, setiap manusia pasti akan mengalami sakaratulmaut dan akan dihisab di hari pembalasan kelak..
-ADIOS-

0 Response to sebuah kehilangan....
Post a Comment