persoalan untuk manusia...
1) siapakah orang yang sombong?
-orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud dan syukur kepada yang menjadikannya iaitu Allah.
2) siapakah orang yang mati hatinya?
- orang yang diberi petunjuk melalui ayat Quran, hadith dan cerita kebaikan, namun merasa tidak ada apa2 kesan dalam jiwa nya untuk bertaubat.
3) siapakah orang yang kuat?
- iaitu orang yang dapat menahan kemarahan nya.
4) siapalah orang yang bakhil?
- iaitu orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.
5) siapakah orang yang buta?
- orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.
6) siapakah orang yang gila?
- Orang yang tidak sembahyang..kerana syarat tidak boleh sembahyang adalah GILA....
-ADIOS-

0 Response to persoalan untuk manusia...
Post a Comment