senior aku menang AF8...


Percaye atau tak senior aku Ahmad Shahir Zawawi menang AF8 baru-baru ni. Mungkin kemenangan dia ni adalah disebabkan latar belakang dia selaku bekas pelajar sekolah agama seperti Mawi. Dari cerita-cerita yang aku dengar, perjalanan dia di AF sama seperti Mawi. Pernah tersingkir keluar dari AF, kemudian dimasukkan semula ke akademi dan akhirnya menjadi juara. Bagi aku, ini mungkin adalah rezeki dia untuk menjadi juara sekaligus memenangi kereta dan percutian yang agak mahal perbelanjaannya. Sesuai dengan usaha yang dia lakukan. Allah memberikannya setimpal dengan usaha yang dia berikan.

Aku masih lagi sukar untuk menggambarkan bagaimana seorang pelajar UIA dan juga bekas anggota nasyid Saujana boleh terpikir untuk menyertai program realiti AF ni. Nak kata dia ni dulu hebat dalam bidang nyanyi (nasyid), tak la jugak. Yang pastinya dia pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.Sebenarnya, jika diikutkan, ustaz-ustaz aku kurang gemar anak-anak murid mereka menyertai program realiti seperti ini. Pernah salah seorang ustaz aku memberi komen di dalam group batch aku kat facebook seperti berikut :

"Bagaimanalah anak murid aku ni boleh join AF.. Aku ada salah ajarkah di mana-mana sewaktu dia sekolah dulu??" (versi aku coz aku tak berapa ingat ayat dia...)

Tapi itu adalah pendapat beliau saja. Aku pernah jugak cuba berpikir apa sebenarnya yang ada dalam kepala otak mamat ni. Apa motif dia join AF8?? Demi mencari populariti, suka-suka atau untuk semata-mata ingin membuat album kerana setahu aku sepanjang dia menganggotai group Saujana, dia tak sempat untuk membuat album lagu bersama diorang. Ura-ura mengatakan bahawa dia keluar dari group Saujana disebabkan pointer dia yang kurang memberangsangkan tapi kebenarannya hanya Allah dan mereka yang terlibat secara langsung je yang mengetahuinya. Dia mungkin ada reason dia tersendiri disebalik penyertaannya ke AF8 ni. Hanya dia dan Allah je yang mengetahuinya. Kita hanya mampu meneka sahaja.


Sebenarnya, jika nak diikutkan aku tak berapa baik sangat ngan mamat ni terutama selepas insiden yang berlaku sewaktu dia form 5 dan time tu aku form 4. Sekarang ni okey la. Dah boleh duduk sekali. Mungkin ianya peristiwa lalu dan sudah hampir dilupakan oleh budak-budak batch aku. Bagi aku, lebih baik lupakan saja peristiwa-peristiwa yang pahit dari terus mekar di dalam jiwa kerana ia mampu memberi kesempatan kepada syaitan untuk bertakhta di dalam jiwa manusia. Bak kata pepatah, buang yang keroh amik yang jernih. Amik iktibar di sebalik peristiwa tersebut sebagai pengajaran hidup. Kita perlu tahu yang manusia itu bukanlah perfect dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Lagipun adik dia baik jugak la ngan aku. Adik dia ni salah seorang budak di bawah jagaan aku ngan 6 orang member aku. Kitorang bertindak sebagai naqib yang diarahkan untuk mendidik mereka untuk berdikari di samping memberi tunjuk ajar bagi perkara-perkara len (waktu ni kitorang form 4 dan adik dia form 1). Adik dia pun member baik adik aku.

Fuh.. Penat rasanya menaip panjang-panjang ni. Dah lama tak mengarang macam ni. Ini mungkin salah satu entry terpanjang yang pernah aku buat kat blog ni. Rasanya kalo disuruh tulis karangan panjang-panjang, aku dah tak mampu nak buat dah. Awal-awal dah semput. Otak aku sure jem teruk coz nak kena perah giler untuk cari idea. Kalo time kat sekolah dulu nak buat karangan untuk 1000 patah perkataan, aku mampu lagi la tapi kalo sekarang ni jangan harap la.

p/s : Tahniah diucapkan kepada Ahmad Shahir Zawawi coz memenangi AF8. You deserved it. Ko kasi bangga budak kampar.




-ADIOS-

lesen lagi...


Lesen... Lesen... dan Lesen...
Bile la aku nak amik ujian JPJ ni...
Still lagi banyak yang nak kena belajar...B
elajar bagi pro betol-betol baru amik ujian JPJ...
Kalo tak, kena ulang balik...
Buang banyak duit...
Duit dah la tangah kering giler ni...
Kita view serba sikit tempat aku belajar kereta ngan motor...

Rajin siot diorang ni belajar bawak kereta...
Lepas je belajar kereta or motor unuk beberapa jam...
Kitorang pun pegi jalan-jalan untuk beberapa ketika kat Kuantan sebelom balik bilik...

Picture ni amik kat malay town sebelah ECM...

Dah puas jalan-jalan, kitorang pulang ke bilik yang sekarang memberikan kebosanan kepada aku...
Se
babnye, aku tak tau nak buat apa pun kat bilik ni...
Huhuhu..


-ADIOS-

selamat hari guru....


Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutama guru-guru di SK De La Salle, Semekasri...
Tak lupe juga lecturer-lecturer kat matrix dan UMP ni...
Begitu juga kepada bakal-bakal guru...



-ADIOS-

selamat hari ibu...


Selamat hari ibu buat bonda kesayangan...
Ampunkan dosa-dosa anakmu ini...
Segala jasamu tak mampu dibayar kembali walau dikurniakan wang ratusan juta sekalipun...
Bondaku, Salna Bt Bidin...

-ADIOS-

ironman 2...


Baru-baru ini, aku ngan 2 member (syafik ngan badak) pegi ke East Coast Mall semata-mata untuk tengok cite ironman 2 kat wayang....
Seriously, lame giler aku tunggu cite ni keluar panggung sejak ura-ura yang aku dengar bulan 7 tahun lepas...
Fuhh...
Berjaya jugak aku pegi tengok cite ni pada hari 1st keluar panggung...

Komen aku pasal cite ni...
Hmmm...
Jalan cite yang menarik dan kelakar terutama watak Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. yang kuat menganjing orang...
Cume yang kurang bestnye, cepat sangat watak jahat tu dikalahkan...
Huhuhu...

Jom check-out poster ironman 2 ni...




Tengok poster pun nampak best je cite ni...
Hohoho..



-ADIOS-