aku dan lintah...??


Pe sebenarnye kaitan antara aku dan je si lintah ini??
Sebenarnye entry kali ini aku cuba mencari jawapan yang pasti di atas result kuiz yang dikemukakan oleh facebook hari tu...
Ni pun atas permintaan salah sorang member aku gak entry kali ni...
(Penat doh nak cari lintah sekor yang sesuai...)

Ada ke patut facebook tu kata bahawa kecomelan aku ni sama ngan lintah tu....

Tak patut sungguh...
Huhu...

(Budget aku ni comel la plak... Hahaha...)


Member-member aku turut mengatakan bahawa aku ni secomel lintah tu...
Cuba la bagi binatang yang best sket, bleh gak ak consider sket...

Macam mana la diorang ni bleh pikir benda ni...

Mana la tau aku ni comel lagi dari lintah tu...
(Comel ke...??)

Hahaha...

So, kat sini aku publish gambar aku ngan lintah tu...
Korang cubalah bandingkan yang mana lagi comel...


ni antara ganbar terbaru aku...


ni plak gambar lintah yang diperkatakan....

Tapi aku rasa macam aku ni comel lagi je dari lintah tu...
Hahaha...



-ADIOS-

let's enjoy your life...




Cheer up dude...
Be happy...
KIV your stess, assignment or whatever that give you pressure...
Enjoy your remaining life..
But beware, don't enjoy too much until you cross the guideline from syara' because you will got your punishment soon from Allah...
We have our own way to enjoy this life...


-ADIOS-

ketawa ubat yang terbaik...



Ketawa adalah suatu fenomena biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian..
Ianya merupakan fitrah manusia..
Ketawa bukan saja mampu menjadi penawar di kala duka bahkan merupakan antidot terbaik bagi menangani stress, sakit dan juga konflik yang berlaku pada diri kita..
Ketawa juga amat bagus untuk kesihatan kerana menurut kajian, ketawa dapat membantu meningkatkan tahap immune badan, melindungi jantung, merehatkan keseluruhan badan dan merangsang penghasilan endorphins..



meh kita ketawa macam kucing ni...


Ketawa dan humor atau jenaka juga turut memberi impak kepada kehidupan seharian..
Ketawa memberikan feel yang bagus kepada kita..
Humor menjadikan kita lebih positif, kelihatan optimistik dalam mengharungi dugaan dan onak kehidupan, kekecewaan dan juga kegagalan..
Ketawa, humor dan kesihatan mental mempunyai hubungkait yang rapat kerana ketawa membantu meleraikan tekanan emosi dan membantu merehatkan minda dan recharge tenaga semula manakala humor membantu menukar perspektif...


"Your sense of humor is one of most powerful tools you have to make certain that your daily mood and emotional state support good health.."

- Paul E. McGhee, Ph.D. -


p/s : jangan ketawa sorang-sorang atau ketawa tanpa sebab kerana anda akan di'cop' gila dan dan peluang anda amat cerah untuk mendiami bilik di hospital bahagia samada di Tampoi atau Tanjung Rambutan sekiranya berkelakuan sedemikian...



-ADIOS-

aku makin tua...



Hari ini, 7 Februari, adalah tarikh keramat di mana diriku telah dilahirkan...
Dan hari ini juga telah genap 21 tahun aku dilahirkan...
Maka dengan itu, bertambah lagi 1 tahun usiaku di kala ini...
Makin tua jua diriku ini...

pic kat teluk cempedak...


Sepanjang 21 tahun aku di muka bumi ini, banyak suka dan duka yang telah aku tempuhi...
Banyak pengalaman telah ak kutip bagi mematangkan diri yang tidak seberapa ini bagi menghadapi hari yang mendatang...
Aku amat bersyukur di atas kelahiran ini...
Terima kasih bonda kerana melahirkan diriku ini...
Ampuni segala dosa yang telah anakmu lakukan...
Huhu...


Ya Allah....
Ampunilah dosa-dosaku ini...
Aku tahu, dosa dan maksiat yang telah kulakukan sudah tidak terhitung lagi...
Tapi apakan daya, diriku ini hanyalah hamba-Mu yang lemah...
Imanku begitu ampuh dan amat mudah tergoda akan hasutan syaitan...
Diriku ini begitu alpa dan leka dengan hal-hal duniawi...
Maka dengan itu...
Ampunilah hamba-Mu ini...
Kasihanilah hamba-Mu yang kerdil ini...


Walaupun hari ini sudah genap 21 tahun aku hidup di muka bumi tapi masih banyak perkara yang masih tak tercapai lagi...
Apakah masih ada waktu bagiku untuk mengapai segala mimpi dan impian??
Adakah segala yang ku rancangkan akan terlaksana??
Atau segala impi dan mimpi akan terus kekal sebagai mimpi...
Dan akan hilang pabila siang menjelma tiba...
Kerna aku tidak tahu bila usiaku akan tamat...
Hanya Tuhan je mengetahuinya...
Kerna itu adalah janji yang kita meterai di alam roh sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad...


Walau apapun, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya...
Kerna hanya Tuhan je yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya...




-ADIOS-

hati-hati di jalan raye...



Setiap hari kita akan lihat ayat ini di mana-mana samada di TV or di signboard jalan..
Tapi adakah kita mengambilnya sebagai panduan atau hanya biarkannya sebagai hiasan di jalanan..
Adakah perlu berlaku ke atas kita atau orang yang hampir dengan kita barulah terhegeh-hegeh nak jadikannya pedoman hidup...

Intro ni sebenarnya refer kepada penghuni KK4 dan budak-budak kelas aku termasuklah aku sekali...
Sebenarnye 3-4 hari lalu, member aku terlibat dengan kemalangan di mana dia menunggang motor bersama seorang lagi member aku berlanggar dengan sebuah teksi ketika ingin menyeberang jalan untuk ke kelas...
Jika dilihat keadaan pada masa itu, kita akan mengagak keadaan diorang agar serius sebab perlanggaran tu menyebabkan kereta tu remuk teruk...
Tapi alhamdullillah, keadaan diorang stabil...
Yang mengalami keadaan yang agak teruk hanyalah penunggang motor tu, pembonceng tidak mengalami kecederaan yang serius...
Dan menurut berita yang diteroma setakat ni, diorang tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam jiwa or akan alami kecacatan yang kekal...



ni keadaan teksi selepas kemalangan berlaku...


ni motor yang member aku guna


Apa yang nak disampaikan di sini, berhati-hatilah kerana bahaya tidak mengenal sesiapa pun...
Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari...


p/s ~ sama-samalah kita doakan semoga sahabat aku tu yang kini berada di wad 4 trauma HUKM dan seorang lagi di wad 5C HTAA cepat sembuh dan kembali seperti sediakala...
Amiinn....




-ADIOS-