ketawa ubat yang terbaik...



Ketawa adalah suatu fenomena biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian..
Ianya merupakan fitrah manusia..
Ketawa bukan saja mampu menjadi penawar di kala duka bahkan merupakan antidot terbaik bagi menangani stress, sakit dan juga konflik yang berlaku pada diri kita..
Ketawa juga amat bagus untuk kesihatan kerana menurut kajian, ketawa dapat membantu meningkatkan tahap immune badan, melindungi jantung, merehatkan keseluruhan badan dan merangsang penghasilan endorphins..



meh kita ketawa macam kucing ni...


Ketawa dan humor atau jenaka juga turut memberi impak kepada kehidupan seharian..
Ketawa memberikan feel yang bagus kepada kita..
Humor menjadikan kita lebih positif, kelihatan optimistik dalam mengharungi dugaan dan onak kehidupan, kekecewaan dan juga kegagalan..
Ketawa, humor dan kesihatan mental mempunyai hubungkait yang rapat kerana ketawa membantu meleraikan tekanan emosi dan membantu merehatkan minda dan recharge tenaga semula manakala humor membantu menukar perspektif...


"Your sense of humor is one of most powerful tools you have to make certain that your daily mood and emotional state support good health.."

- Paul E. McGhee, Ph.D. -


p/s : jangan ketawa sorang-sorang atau ketawa tanpa sebab kerana anda akan di'cop' gila dan dan peluang anda amat cerah untuk mendiami bilik di hospital bahagia samada di Tampoi atau Tanjung Rambutan sekiranya berkelakuan sedemikian...



-ADIOS-

2 Response to ketawa ubat yang terbaik...

  1. Unknown says:

    hehehe... power arh ko...
    ak bace post ko je da gelak...


    ;p

  2. yela 2... bleh cye ke??

Post a Comment