2010 new years...



Alhamdullillah.. Kita selangkah ke tahun yang baru, tahun 2010.. Umur kita pun bertambah lagi setahun.. Dan sure ramai yang memperbaharui azam yang lalu, yang mana masih tidak tertunai dan yang ingin ditunaikan.. Moga-moga segalanya tercapai..

Beberapa hari yang lalu, umat Islam baru sahaja menyambut tahun baru iaitu pada awal muharam tapi tidak salah kalo ingin menyambutnya lagi dan kali ini adalah tahun baru bagi kalendar masihi.. Sambutan yang diadakan adalah tidak salah tetapi seharusnya dilakukan dengan cara yang betul dan perlu berlandaskan syariat Islam, bagi umat Islam terutamanya.. Remaja masa kini tidak memikirkan perkara-perkara seperti ini terutamanya golongan-golongan mat rempit dan sebagainya. Sepertimana entry member saya, yang mana tahun baru ni segelintir remaja menyambutnya dengan pesta seks, minum arak dan sebagainya dan apabila sudah kantoi barulah ingin insaf perempuan khasnya.. Pada pandangan saya secara personally, sambutan yang diadakan tidak sesuai untuk umat Islam kerana terdapat percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasnya dan ini amat menggalakkan berlakunya keruntuhan moral di kalangan remaja masa kini walhal perkara seperti ini yang ingin kita jauhkan... Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu, timbang baik dan buruk sesuatu perkara tersebut..


Selamat tahun baru 2010....


-ADIOS-

semester baru sudah bermula...


Sudah hampir 1 minggu perkuliahan bagi semester 4 bermula tapi hanya beberapa kelas sahaja yang sudah pun menjalankan sesi pembelajaran. Walaupun begitu, suasana di sini masih lagi dalam mood cuti memandangkan tahun baru yang bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi. Kerana itu juga suasana ini menjadi begitu membosankan, seperti tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Nampaknya semester ni perlu mengurangkan perbelanjaan bagi menampung kos pembaikan laptop kesayangan dan juga kos membuat lesen.. Huhu.. Nasib baik, ayahandaku tidak murka... Hehehe..

Agak skema ayat saya pada entry kali ini...


-ADIOS-

Dah nak kena balik U..


Cuti dah pun hampir habis. Dah nak kena balik U tak lama lagi..
Wawawawa...

Banyak perkara yang telah dilalui sepanjang cuti ni walaupun tidak semuanya menggembirakan. Mula-mula sekali tentunya la mengenai Raya Korban. Hari di mana kita mengingati
pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.. Pada hari tersebut, kawasan perumahan aku berjaya 'menumbangkan' 7 ekor lembu. Boleh dikatakan keseluruhan penduduk kat situ turun bergotong-royong menyembelih dan melapah l
embu-lembu yang ada termasuk la aku. Hehehe..

ayah aku tengah 'operate' lembu tu

Adik aku tolong sekali meng'operate' lembu terbabit

Beberapa hari kemudian iaitu pada tanggal 30 November, mak aku buat majlis hari jadi abang aku yang ke-23 secara kecil-kecilan. Yang hadir hanyalah sedara-mara je pun. Banyak jugak juadah yang kitorang makan. Al-maklumlah, ramai bebenor sedara-mara yang datang..


Masa makan pun bersembang... Ish3..


Berborak sebelum majlis


Acara potong kek selepas buat doa selamat


Cucu angkat tok chik aku pun join sekaki

After that, aku follow makcik aku pegi PJ. Lepak kat sana seminggu. Banyak jugak duit aku habis time tu. Ada satu hari tu aku habiskan dekat RM100 untuk barang dan belanja adik aku tengok wayang dan makan kat Midvalley. Sehari sebelum balik, sepupu dan makcik aku ajak pegi KLCC tengok PC Fair. Makcik aku nak cari laptop untuk anak sulung dia yang amik kursus landscape designer kat area KL dan sepupu aku plak nak beli antivirus. Makcik aku sorang lagi beli cooler kat situ. Sory Lilo coz tak dapat teman ko pegi KLCC sehari sebelum tu.. Huhuhu..


Makan KFC kat KL Sentral sebelum ke KLCC


Kenangan kat taman Suria KLCC


Posing ramai-ramai

Keesokannya iaitu hari ahad, sepupu aku berkhatan. Dia join majlis berkhatan yang dianjurkan oleh flat tempat dia tinggal. seramai 19 orang budak yang dikhatankan time tu dan sepupu aku adalah orang pertama yang akan dikhatankan. Majlis tu boleh dikatakan meriah jugak la..


Mangsa khatan.. Hahaha..


Ready untuk diarakkan


Ayah-ayah diorang pun turut dimandikan

Inilah antara perkara menarik yang berlakukan sepanjang cuti aku. Hari-hari lain aku jalani dengan penuh ke'boring'an.. Huhu... Dah la result yang aku dapat tak berapa memuaskan hati tapi okey la dari sem lepas. Nak nuat macam mana, tu je la rezeki yang aku dapat. Sem yang akan datang aku aku buat yang lebih baik dan belajar dengan lebih rajin. Itu adalah azam aku sempena Maal Hijrah tahun ni.. Salam Maal Hijrah untuk semua..


-ADIOS-

selamat hari raye aidiladha...


big thanx...


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang banyak membantu dalam menempuh minggu exam yang penuh dengan ranjau dan duri....
(Especially to my rumate... Thanx a lot...!!)

Kesukaran menelaah tanpa laptop amat menyulitkan memandangkan kebanyakan note ada dalam external aku...
Mungkin juga disebabkan terbiasa study bersama laptop menambah kesukaran untuk study tapi alhamdullillah setiap subjek dapat jawab dengan baik walaupun masih ada soalan yang tidak dapat dijawab...



-ADIOS-