Dah nak kena balik U..


Cuti dah pun hampir habis. Dah nak kena balik U tak lama lagi..
Wawawawa...

Banyak perkara yang telah dilalui sepanjang cuti ni walaupun tidak semuanya menggembirakan. Mula-mula sekali tentunya la mengenai Raya Korban. Hari di mana kita mengingati
pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.. Pada hari tersebut, kawasan perumahan aku berjaya 'menumbangkan' 7 ekor lembu. Boleh dikatakan keseluruhan penduduk kat situ turun bergotong-royong menyembelih dan melapah l
embu-lembu yang ada termasuk la aku. Hehehe..

ayah aku tengah 'operate' lembu tu

Adik aku tolong sekali meng'operate' lembu terbabit

Beberapa hari kemudian iaitu pada tanggal 30 November, mak aku buat majlis hari jadi abang aku yang ke-23 secara kecil-kecilan. Yang hadir hanyalah sedara-mara je pun. Banyak jugak juadah yang kitorang makan. Al-maklumlah, ramai bebenor sedara-mara yang datang..


Masa makan pun bersembang... Ish3..


Berborak sebelum majlis


Acara potong kek selepas buat doa selamat


Cucu angkat tok chik aku pun join sekaki

After that, aku follow makcik aku pegi PJ. Lepak kat sana seminggu. Banyak jugak duit aku habis time tu. Ada satu hari tu aku habiskan dekat RM100 untuk barang dan belanja adik aku tengok wayang dan makan kat Midvalley. Sehari sebelum balik, sepupu dan makcik aku ajak pegi KLCC tengok PC Fair. Makcik aku nak cari laptop untuk anak sulung dia yang amik kursus landscape designer kat area KL dan sepupu aku plak nak beli antivirus. Makcik aku sorang lagi beli cooler kat situ. Sory Lilo coz tak dapat teman ko pegi KLCC sehari sebelum tu.. Huhuhu..


Makan KFC kat KL Sentral sebelum ke KLCC


Kenangan kat taman Suria KLCC


Posing ramai-ramai

Keesokannya iaitu hari ahad, sepupu aku berkhatan. Dia join majlis berkhatan yang dianjurkan oleh flat tempat dia tinggal. seramai 19 orang budak yang dikhatankan time tu dan sepupu aku adalah orang pertama yang akan dikhatankan. Majlis tu boleh dikatakan meriah jugak la..


Mangsa khatan.. Hahaha..


Ready untuk diarakkan


Ayah-ayah diorang pun turut dimandikan

Inilah antara perkara menarik yang berlakukan sepanjang cuti aku. Hari-hari lain aku jalani dengan penuh ke'boring'an.. Huhu... Dah la result yang aku dapat tak berapa memuaskan hati tapi okey la dari sem lepas. Nak nuat macam mana, tu je la rezeki yang aku dapat. Sem yang akan datang aku aku buat yang lebih baik dan belajar dengan lebih rajin. Itu adalah azam aku sempena Maal Hijrah tahun ni.. Salam Maal Hijrah untuk semua..


-ADIOS-

0 Response to Dah nak kena balik U..

Post a Comment