The Zikir - Ramadhan Dua Zaman


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

merdeka....


Ramai yang tidak mengerti erti kemerdekaan yang sebenarnye...
Hanya mereka yang memperjuangkannya yang menikmati kemerdekaan yang hakiki...

Remaja mase kini tidak lagi menghiraukan perkara ini malah tidak jugak cuba untuk mempertahankan kemerdekaan yang dicapai dengan susah-payah oleh orang-orang terdahulu....
Pe yang mereka hiraukan adalah hiburan semata-mata...

Salah siapakah ini??
Adakah salah ibu bapa atau salah masyarakat sekeliling??
Tidak ada jawapan yang jitu untuk menjawab persoalan ini...

Fikir-fikirlah, sekarang ini negara-negara barat dan kuasa-kuasa besar menjajah kita secara mentaliti...
Jika kita generasi masa kini tidak mempertahankannya, siapa lagi...




Fuh...
Semangat abeh aku wat benda ni....
Hehehe...


-ADIOS-

johor bahru??


Ada pe dengan JB sebenarnye??

Xde isu yang menarik yang berlaku di sana...
Sebenarnye, group islamic institution kami telah meng'interview' syarikat Pappila Sdn Bhd untuk projek kitorang..
Kitorang bukan saja dapat maklumat yang diperlukan bahkan dapat melawat tempat kerja mereka di Johor Port..
Pe yang kami x dapat hanyalah maklumat mengenai financial diorang, tapi information ni maybe private information bagi diorang..
Huhu...

Banyak yang kami belajar sepanjang sesi interview..
Yang paling best adalah pengalaman menjelajah Johor Port, bukan senang nak masuk dalam tempat tu....

Pape pun, thanks kat cedet coz bagi kitorang lepak kat umah ko and bawak kitorang jalan2 kt sana....
Hehe...


-ADIOS-

persoalan untuk manusia...


1) siapakah orang yang sombong?

-orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud dan syukur kepada yang menjadikannya iaitu Allah.

2) siapakah orang yang mati hatinya?

- orang yang diberi petunjuk melalui ayat Quran, hadith dan cerita kebaikan, namun merasa tidak ada apa2 kesan dalam jiwa nya untuk bertaubat.

3) siapakah orang yang kuat?

- iaitu orang yang dapat menahan kemarahan nya.

4) siapalah orang yang bakhil?

- iaitu orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

5) siapakah orang yang buta?

- orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

6) siapakah orang yang gila?

- Orang yang tidak sembahyang..kerana syarat tidak boleh sembahyang adalah GILA....

peringatan ini adalah untuk diri sendiri dan juga yang membaca...


-ADIOS-

doa harian ramadhan.....


"Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan daku padanya (hari ini) kerana tergamaknya aku berbuat maksiat kepada-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cemeti kemurkaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada segala yang menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Puncak keinginan orang yang berkeinginan."
(Himpunan doa yang dinasabkan kepada: Ibu 'Abbas r.a,Ahli Bayt & Salafussoleh di bulan Ramadhan)