20 amalan murah rezeki
Rezeki yang melimpah-ruah yang diberikan kepada kita sebenarnya bergantung kepada amalan seharian kita semua. Amalan yang baik dan diberkati akan menyebabkan Allah menambah nikmat rezeki yang tidak dapat kita bayangkan selagi kita bersyukur kepada-Nya. Akan tetapi jika kita tidak memperolehinya sedangkan amalan yang kita lakukan tidak bertentang dengan syara' bukanlah kerana Allah tidak memberkatinya melainkan ianya adalah ujian dari-Nya semata-mata..
Berikut adalah antara amalan yang amat digalakkan untuk diamalkan:
Berikut adalah antara amalan yang amat digalakkan untuk diamalkan:
- Menyempatkan diri untuk beribadah walau apa jua keadaan
- Memperbanyakkan beristighfar
- Tinggalkan perbuatan dosa dan perkara-perkara yang melalaikan
- Sentiasa mengingati Allah SWT
- Berbakti serta berdoa kepada kedua ibu bapa
- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah dan yang memerlukan bantuan
- Tunaikan hajat orang lain
- Banyakkan berselawat
- Banyakkan membuat kebajikan
- Berpagi-pagi iaitu melakukan aktiviti seharian sebaik saja selesai melakukan solat fardhu subuh
- Menjalinkan silaturrahim
- Sentiasa mengekalkan wuduk
- Bersedekah
- Sentiasa melakukan solat sewaktu sepertiga malam (tahajud)
- Sentiasa melakukan solat sunat dhuha
- Bersyukur kepada Allah SWT
- mengamalkan zikir dan bacaan al-quran yang tertentu
- Berdoa
- Berikhtiar sehabis-habisnya
- Bertawakkal

0 Response to 20 amalan murah rezeki
Post a Comment